RENUNGAN MEMUJUK HATI.....

Mungkin Tuhan sengaja..
mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul
supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul,
kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian
dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Ingatlah...
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita....
kita akan memandang pintu
yang telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak
pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk
didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun
dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.

Memang benar...
kita tidak tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah.......
kita kehilangannya
dan juga benar.......
bahawa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan..
sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang

Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian
yang mereka akan menyintai anda kembali!
jangan harapkan cinta sebagai balasan.
nantikan sahaja ia
untuk mekar di dalam hati mereka
tapi sekiranya ia tidak
pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Kerna....
ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia..........
mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan
kerana boleh jadi ia palsu,
Jangan kejar kemewahan
kerana ianya akan susut,

carilah seseorang.....
yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram
Carilah yang membuat hati anda tersenyum.

akan tiba satu ketika
di dalam kehidupan apabila anda
teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya
dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan ,
pergilah kemana - mana yang
ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan
kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan
dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki
kebahagiaan yang cukup
untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan
dan......
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda
di dalam kasut seseorang
jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga.

Kabahagiaan seseorang manusia
tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik
mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang
di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,
mereka yang terluka ,
mereka yang telah mencari dan
mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman
dan berakhir
dengan tangisan.
Masa depan yang cerah
sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.

Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan,
anda menangis dan
orang disekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda
supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum
dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.