Bingkisan Harian Manusia... Adakah ia Benar Berlaku...

Manusia didalam pelembahan..dalam kekalutan kehidupan metropolitan.

Apakah yang dikejar-kejarkan?? Sesuatu yang indah sering diimpikan, yang pahit sukar dilupakan dan mengapa sukar memaafkan?

Siapa daku di mata hati dan perasaan manusia...

Sudut kecil hatimu mencoretkan kelemahan yang sukar diatasi. Tapi boleh diperbaiki. Hakikat manusia sering di salah erti. Zaman berganti demi waktu yang dicengkam keganasan masa. Resah atau gelisah?? Pencapaian bukan mudah tapi masih dikecapi. Dalam kesingkatan hidupku mencetuskan perjanjianku. Panggung sandiwara di atas pentas ku melakonkan watak-watak keikhlasan. Pengkritik, pengkhianat dan pelbagai lagi...Namun di jiwai oleh melodi yang berentak pasrah. Dinobatkan dicalonkan dalam katogeri berasingan. Menyerahkan segala yang tertulis. Mampukah aku dikau dan sesiapa menolong dan menghamparkan kelukaan yang sudah mengelut di benak naluri...Cuba mencari jalan tapi tidak menepati segala kepuasan akhirnya redha akur menghadapi. Yang nyata kebenaran tiada siapa yang sempurna dan tidak ada yang mampu melakukan segalanya dalam satu masa serentak. Dari itu belajar untuk tidak ragu-ragu dalam membuat keputusan yang kita ambil dan berani menghadapinya. Takut pada risiko itu benar kalau kita tak mencuba dan harungi. Memahami apa yang di ingini dan melaksanakan tugas itu adalah amanah untuk dikotakan dan ia menjadi tuntutan. Memang tiada siapa berhak dalam memutuskan dan mengukur atur langkah kerna manusia ada cara keistimewaan nya yang tersendiri. Lepaskan ia pergi kerna ia akan pulang membawa sebuah impian dan hasrat murni. Pergilah jauh kerna aku tidak dimiliki dan engkau tak dimiliki. Jangan berjalan di bumi ini dengan kesombongan yang menongkat keangkuhan. Tiada batasan dan sempadan antara mereka. Landasan dan garisan membuat diri didalam jaring pemisah. Jangan hanya kerna satu kegagalan kemudian biarkan diri ini patah di tengah jalan..Lihatlah alam dan carilah jalan petunjuk yang menyinari..dari situ ikutlah kata hati. Mudah-mudahan hidup akan bersinar kembali..walaupun gagal di pertengahan. Jangan salahkan takdir kerna itu adalah kehendak diri. Jangan menuding jari pada sesiapa kerna kekurangan yang tersirat mungkin rahsia itu tidak kita cungkil mendalam dan merasa kekurangan. Atas dasar itu kita rasa terpencil dan memendam rasa..pernahkah kita bersyukur atas nikmat diberikan nya...dengan ikhlas dan redha? tersirat dan yang tersurat di jalan ini meneruskan menempuh kehidupan harian dengan penuh keyakinan dan keimanan..